Log in

I forgot my password

Latest topics

» Yamaha 125Z and 125ZR v1
Fri Oct 10, 2014 5:13 am by kurosaki

» aktif lagi dok mmc ni,
Tue Oct 09, 2012 3:30 am by kalatong91

» CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK]
Tue Oct 09, 2012 3:27 am by kalatong91

» adoi... den terkono...
Mon Sep 17, 2012 4:54 am by kalatong91

» YAMAHA LC 2011 V2 ( SS-4 Speed & ES-5 Speed )
Mon Jun 04, 2012 8:24 pm by reza

» ucapan takziah kepada keluarga wadi dan farah diatas pemergian anak mereka
Tue May 22, 2012 4:59 am by Majestie

» New Event KonvOI SunGaI...!!!!
Tue May 15, 2012 2:27 pm by blackyBEAR

» konvoi picnic at chamang bentong pahan 1 may 2012
Mon May 14, 2012 3:33 am by arelifea

» Konvoi Cub Prix 26 & 27 Mei
Fri May 11, 2012 1:58 am by arelifea

» ~SANTAI RIDE CUTI HARI PEKERJA TO CHAMANG WATERFALL~
Wed May 09, 2012 9:33 am by arelifea

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 

Who is online?

In total there are 15 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 15 Guests

None


[ View the whole list ]


Most users ever online was 50 on Thu Jun 07, 2012 10:14 am

Statistics

Our users have posted a total of 4207 messages in 413 subjects

We have 270 registered users

The newest registered user is utad2


    Kehebatan MOTUL...

    Share

    Majestie
    Support Team
    Support Team

    Posts : 451
    Join date : 15/01/2011
    Age : 29
    Location : Kuala Lumpur / KgB

    Kehebatan MOTUL...

    Post  Majestie on Mon Apr 25, 2011 8:46 pm

    MOTUL: Adakah jangka hayat enjin lebih lama dengan penggunaan MOTUL?
    Shibazaki: Ya. Saya boleh merasakannya dalam perlumbaan ketahanan 8-jam. Minyak pelincir ini ternyata membekalkan lapisan minyak kepada permukaan logam. Kesemua pekerja di pejabat kami menggunakan MOTUL. Encik Sekiguchi telah menggunakan MOTUL dan menunggang motosikal yang sama selama lebih 20 tahun, dan tanpa menggunakan sebarang gasket khas. Saya mengujinya samada ia mengalami kebocoran minyak pelincir, dan setelah enam bulan ia masih tidak mengalamai sebarang kebocoran.

    Encik Shima menunggang motosikal Buell miliknya sehingga tahap maksimum, kadang-kala hampir-hampir mencapai takat putusnya. Setelah menunggang beberapa ribu kilometer, kami membuka enjinnya dan mendapati calar pada permukaan amat kurang sekali. Biasanya, kekasaran di sekitar lengan jumpelang disebabkan geseran. Tetapi dengan MOTUL, kekasaran itu tidak kelihatan pun. Kami tidak dapat merasai sama sekali hausan atau calar sebanyak 1/1000 mm. Cik Suzaki berulang-alik ke pejabat setiap hari dengan Harleynya dan dia berkata bahawa setiap kali perjalanannya lancar.

    Manakala untuk enjin berputaran tinggi pula, anda boleh merasai perbezaanya dalam rintangan kocakan. Jika anda menggunakan minyak pelincir dengan kelikatan rendah, anda hanya merasai enjin itu ringan. Dalam kes kami pula, kami dapat merasai penurunan tahap rintangan.


    MOTUL: Saya amat bersetuju dengan anda.
    Shibazaki: Sebagai contoh, jika kami menggunakan enjin Honda Superbike yang direka untuk mengurangkan geseran, ia tidak bergantung pada minyak pelincir untuk mengurangkan geseran. Jika kami menggunakan enjin tersebut pada tahap maksimum, anda akan mula merasai manfaat minyak pelincir tersebut.

    MOTUL: Adakah ia merupakan satu dorongan penjualan jika pelanggan mengalami keputusan yang serta-merta?
    Shibazaki: Ya. Kami memberitahu pelanggan kami tentang keputusan yang diperolehi setelah membeli bahan tambahan. Bahan tambahan yang berharga kira-kira 6,000 yen bukannya amat berkualiti baik. Bahan tambahan seperti Molybdenum, Teflon, Klorin dan Grafit mungkin boleh mengurangkan kualiti minyak pelincir dari segi keupayaan pembersihan, anti-hausan, anti-buasan, anti-pengoksidaan dan penyejukan.

    Walaupun kami memberitahu para pelanggan kami supaya jangan bergantung pada bahan tambahan, terdapat sesetengah daripada mereka yang akan menghabiskan beribu-ribu yen untuk bahan tambahan dan mengambil risiko. Penghasil minyak pelincir berusaha giat untuk membuat penyelidikan tentang kualiti minyak pelincir hasilan mereka, tidak seperti penghasil bahan tambahan. Namun begitu para penghasil bahan tambahan membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk pengiklanan dan kebanyakan pengguna diberi maklumat yang tidak tepat bahawa minyak pelincir yang murah juga boleh menjadi minyak pelincir bermutu tinggi dengan kegunaan bahan tambahan. Para pengguna patutlah memahami bahawa semata-mata bergantung pada bahan tambahan sahaja tidak mencukupi. Minyak pelincir keluaran MOTUL mempunyai keseimbangan yang baik walaupun tanpa kegunaan bahan tambahan.

    MOTUL: Penyertaan anda dalam perlumbaan ketahanan 8-jam di Suzuka dengan enjin Harley telah menarik banyak perhatian.
    Shibazaki: Saya tidak melakukan sebarang hal yang luar biasa. Malah, industri motosikal yang sebenarnya telah terlupa asal-usul perlumbaan tersebut. Memang perkara biasa pada masa dahulu menggunakan motosikal umum dalam perlumbaan Old Isle of Man TT yang lama dan bahkan juga dalam perlumbaan Japan Grand Prix. Pengeluar motosikal pada masa dahulu tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk meperkembangkan motosikal yang khusus untuk perlumbaan, jadi mereka terpaksa menggunakan apa-apa sahaja yang mereka miliki dan meningkatkan prestasinya.

    Penciptaan dan penghasilan motosikal dan enjin super pada mulanya bertujuan digunakan untuk memenangi perlumbaan dan peraduan. Selepas itu, syarikat penghasil mula menjual mereka kepada pelanggan biasa dan kadang-kala, ini mengakibatkan kemalangan. Kebanyakan orang telah melahirkan tanggapan bahawa keselamatan berasal dari kebolehan motosikal untuk berhenti sempurna sejurus setelah memecut dengan laju. Dalam balapan perlumbaan, pendirian kami ialah untuk menggunakan enjin biasa seperti Harley, yang lazimnya dijual kepada pelanggan umum kami.

    MOTUL: Adakah anda menggunakan rangka yang sama?
    Shibazaki: Tidak, ia amat mustahil – rekaannya berbeza sekali. Begitu juga, enjin luar jalan tidak boleh digunakan untuk bersaing dalam perlumbaan. Harley merupakan mesin persiaran dan oleh itu tidak boleh digunakan untuk menyertai peraduan motosikal. Kami perlu menghasilkan enjin yang boleh bertahan perjalanan 8 jam dan pada masa sama mengekalkan kuasa dan kelajuan untuk memenangi perlumbaan.

    Dengan demikian, kami menghasilkan sebuah enjin yang bukan sahaja memenangi pelbagai perlumbaan, malah juga memanfaatkan pelanggan dengan ciri-ciri keselamatan. Walaupun kami menyertai perlumbaan pecut atau ketahanan 8-jam, pelanggan-pelanggan kami menunggang lebih daripada 8-jam; ada juga yang melebihi 100,000 kilometer. Kami berhasrat memberikan para pelanggan kami perkhidmatan dan penyelenggaraan untuk menunggang secara selamat. Amat penting bagi kami untuk mencipta sebuah mesin menunggang yang berupaya memberikan daya brek unggul dan bertahan daripada terjatuh. Di sini, mutu-berlebihan tidak wujud sama sekali; semakin baik breknya, semakin selamat jiwa seseorang. Begitu juga dengan minyak pelincir, semakin baik mutunya, semakin berkesan perlindungan yang diberikan.

    Dengan kelembapan yang lebih tinggi, semakin lasaknya keadaan memandu di jalan raya umum. Ini adalah kerana seseorang memandu di jalanraya dengan jauh lebih lama daripada di perlumbaan. Di dalam perlumbaan kami menukar minyak pelincir setiap balapan. Sistem brek dalam perlumbaan amat penting kerana ia perlu berusaha lebih giat untuk mengurangkan kelajuan atau berhenti dari dalam halaju tinggi. Apabila menunggang di jalan raya umum, brek mungkin perlu dikendalikan dengan tiba-tiba – ini tidak berlaku dalam perlumbaan. Penggunaan brek yang mendadak inilah yang mengakibatkan kemalangan berlaku. Kami biasanya mengesyorkan pelanggan kami untuk menggunakan brek yang bermutu lebih tinggi daripada yang digunakan dalam perlumbaan. Beza keupayaan pencegahan kemalangan biasanya amat kecil, dan beza keupayaan yang kecil inilah yang boleh menyelamatkan jiwa.

    Sama juga, jika anda menggunakan minyak pelincir baik yang melindungi enjin, maka anda boleh menjimatkan beberapa 100,000 yen dengan mudah sekali. Perbezaannya mungkin 2,000 yen, tetapi perbezaan dalam mutu tidak dapat ditandingi. Apabila mempertimbangkannya, mengapa pula berjimat beberapa ribu yen atas minyak pelincir sedangkan anda mungkin terpaksa membelanjakan beberapa juta yen atas motosikal anda?

    Saya selalu memberitahu para pelanggan bahawa motosikal ini berharga 2 juta yen dan yang itu 2 juta, 6 ribu yen termasuk minyak pelincir MOTUL. Setelah membandingkan kedua-duanya, yang mana akan anda pilih? Jawapannya ketara sekali. Kebanyakan pelanggan biasanya memilih pilihan kedua apabila mereka membeli motosikal baru. Perbezaan yang kecil pada harga boleh memberikan perbezaan yang jauh lebih besar dari segi prestasi dan pemeliharaan. Para pelanggan yang menggunakan MOTUL akan selalu kembali untuk meminta minyak pelincir yang sama. Prestasi cemerlang MOTUL sudah memadai sebagai faktor tarikan.


    MOTUL: Oh, begitunya. Adakah anda lebih mengutamakan motosikal daripada pelanggan?
    Shibazaki: Kami mempertimbangkan semua faktor, tetapi motosikal yang diutamakan terdahulu. Kami berhasrat pelanggan kami merasai perbezaan dalam prestasi enjin.

    MOTUL: Dan anda berkata demikian berdasarkan latar belakang teknikal anda?
    Shibazaki: Ya, saya ingin bengkel-bengkel yang berurusan dengan MOTUL untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang minyak pelincir yang mereka jual dan bukan semata-mata menjualnya untuk tujuan keuntungan. Saya berfikir, jika sebuah bengkel tidak mempunyai maklumat berkenaan barang keluaran tersebut, mereka tidak dapat membantu pelanggan sepenuhnya.

    Ketika saya mula membuka bengkel saya, sesetengah pelanggan bertanya mengapa Harley begitu mahal dan siapalah yang akan membelanja begitu banyak wang untuk motosikal yang berprestasi rendah ini. Mereka tidak dapat memahami secara mendalam hal ini sehinggalah mereka menunggang sebuah Harley.

    Mungkin terdapat minyak pelincir lain yang mempunyai mutu sebaik MOTUL, tetapi saya tidak berpendapat wujudnya minyak pelincir yang begitu serba boleh seperti MOTUL – serasi untuk perlumbaan dan pada masa yang sama sesuai untuk kegunaan umum di jalan raya. Barang-barang keluaran MOTUL mungkin lebih mahal berbanding kebanyakan minyak pelincir, tetapi MOTUL menawarkan minyak pelincir tanpa campuran yang berkualiti tinggi.

    Sumber Dari
    MOTUL

    wan7104
    Support Team
    Support Team

    Posts : 159
    Join date : 17/02/2011
    Age : 24
    Location : Perak/Melaka

    Re: Kehebatan MOTUL...

    Post  wan7104 on Tue Apr 26, 2011 5:21 am

    brader majestie amik sumber baik punye..haha
    pasni mmg da xmo tukar brand lain la.. What a Face Neutral Neutral

    Majestie
    Support Team
    Support Team

    Posts : 451
    Join date : 15/01/2011
    Age : 29
    Location : Kuala Lumpur / KgB

    Re: Kehebatan MOTUL...

    Post  Majestie on Wed Apr 27, 2011 1:09 am

    wan7104 wrote:brader majestie amik sumber baik punye..haha
    pasni mmg da xmo tukar brand lain la.. What a Face Neutral Neutral

    ahakz... jgn la begitu wahai sahabat ku.. ahakz Razz

    wan7104
    Support Team
    Support Team

    Posts : 159
    Join date : 17/02/2011
    Age : 24
    Location : Perak/Melaka

    Re: Kehebatan MOTUL...

    Post  wan7104 on Wed Apr 27, 2011 2:26 am

    Majestie wrote:
    wan7104 wrote:brader majestie amik sumber baik punye..haha
    pasni mmg da xmo tukar brand lain la.. What a Face Neutral Neutral

    ahakz... jgn la begitu wahai sahabat ku.. ahakz Razz
    hehe..da terlekat sungguh dgn motul nie..tapi aq pelik gak kdg2 sbb motul ni kalau baru2 enjin time pagi x semput sgt..kalau da 2 mggu mulelah semput2,, lame lak tu..sbb mnyak ke sbb enjin ye?tolg2..
    p/s:slalu aq hidupkan 10 minit before gerak..

    EpitLC
    Sr. Member
    Sr. Member

    Posts : 187
    Join date : 17/01/2011
    Age : 35
    Location : Damansara Damai

    Re: Kehebatan MOTUL...

    Post  EpitLC on Wed Apr 27, 2011 3:02 am

    wan7104 wrote:
    hehe..da terlekat sungguh dgn motul nie..tapi aq pelik gak kdg2 sbb motul ni kalau baru2 enjin time pagi x semput sgt..kalau da 2 mggu mulelah semput2,, lame lak tu..sbb mnyak ke sbb enjin ye?tolg2..
    p/s:slalu aq hidupkan 10 minit before gerak..

    assalam.. rase2 sy enjin en.wan. sbb myak bgi sy x da kena mengena.. Smile

    wan7104
    Support Team
    Support Team

    Posts : 159
    Join date : 17/02/2011
    Age : 24
    Location : Perak/Melaka

    Re: Kehebatan MOTUL...

    Post  wan7104 on Wed Apr 27, 2011 5:42 am

    EpitLC wrote:
    wan7104 wrote:
    hehe..da terlekat sungguh dgn motul nie..tapi aq pelik gak kdg2 sbb motul ni kalau baru2 enjin time pagi x semput sgt..kalau da 2 mggu mulelah semput2,, lame lak tu..sbb mnyak ke sbb enjin ye?tolg2..
    p/s:slalu aq hidupkan 10 minit before gerak..

    assalam.. rase2 sy enjin en.wan. sbb myak bgi sy x da kena mengena.. Smile
    wassalam...owh..ingtkan masalah dgn minyak sbb baru2 ok je..btw thx ye en. epit..
    nanti bole la tolg2 kat thread 'masalah motor sesemput'..mekasih,, Very Happy Very Happy

    EpitLC
    Sr. Member
    Sr. Member

    Posts : 187
    Join date : 17/01/2011
    Age : 35
    Location : Damansara Damai

    Re: Kehebatan MOTUL...

    Post  EpitLC on Wed Apr 27, 2011 10:06 pm

    wan7104 wrote:wassalam...owh..ingtkan masalah dgn minyak sbb baru2 ok je..btw thx ye en. epit..
    nanti bole la tolg2 kat thread 'masalah motor sesemput'..mekasih,, Very Happy Very Happy

    same2 en.wan xpa2 nnt kte kaji same2
    tpi tu la setahu sy mmg tak ada kena mengena dgn minyk.. klau mslh minyk contoh mcm enjin bnyi kasar... minyk yg kurang berkualiti bleh merosak kan enjin.. xbetul2 melincir kn enjin..

    manzoorhussain

    Posts : 1
    Join date : 28/04/2011
    Location : Pulau Pinang

    Re: Kehebatan MOTUL...

    Post  manzoorhussain on Thu Apr 28, 2011 4:17 am

    pengalaman saya menggunakan semi syn motul ke atas Scooter Suzuki VS125R (masa zaman muda), memang tip top, perfomance bagus, kelajuan smooth

    zizo
    Administrator
    Administrator

    Posts : 221
    Join date : 14/01/2011
    Age : 29
    Location : Kuala Lumpur / Ipoh

    Re: Kehebatan MOTUL...

    Post  zizo on Thu Jun 23, 2011 10:05 am

    manzoorhussain wrote:pengalaman saya menggunakan semi syn motul ke atas Scooter Suzuki VS125R (masa zaman muda), memang tip top, perfomance bagus, kelajuan smooth

    salam bro manzoor..
    semi syn yang digunakan tu yg brape ribu? 5100?


    _________________
    [You must be registered and logged in to see this image.]

    Sponsored content

    Re: Kehebatan MOTUL...

    Post  Sponsored content Today at 10:19 am


      Current date/time is Fri Dec 09, 2016 10:19 am