1 Malaysian Motorcycle Community

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Log in

I forgot my password

Latest topics

» Yamaha 125Z and 125ZR v1
Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya.... Icon_minitime1Fri Oct 10, 2014 5:13 am by kurosaki

» aktif lagi dok mmc ni,
Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya.... Icon_minitime1Tue Oct 09, 2012 3:30 am by kalatong91

» CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK]
Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya.... Icon_minitime1Tue Oct 09, 2012 3:27 am by kalatong91

» adoi... den terkono...
Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya.... Icon_minitime1Mon Sep 17, 2012 4:54 am by kalatong91

» YAMAHA LC 2011 V2 ( SS-4 Speed & ES-5 Speed )
Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya.... Icon_minitime1Mon Jun 04, 2012 8:24 pm by reza

» ucapan takziah kepada keluarga wadi dan farah diatas pemergian anak mereka
Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya.... Icon_minitime1Tue May 22, 2012 4:59 am by Majestie

» New Event KonvOI SunGaI...!!!!
Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya.... Icon_minitime1Tue May 15, 2012 2:27 pm by blackyBEAR

» konvoi picnic at chamang bentong pahan 1 may 2012
Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya.... Icon_minitime1Mon May 14, 2012 3:33 am by arelifea

» Konvoi Cub Prix 26 & 27 Mei
Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya.... Icon_minitime1Fri May 11, 2012 1:58 am by arelifea

» ~SANTAI RIDE CUTI HARI PEKERJA TO CHAMANG WATERFALL~
Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya.... Icon_minitime1Wed May 09, 2012 9:33 am by arelifea

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 

Who is online?

In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests

None


[ View the whole list ]


Most users ever online was 120 on Tue Aug 01, 2017 8:56 am

Statistics

Our users have posted a total of 4207 messages in 413 subjects

We have 270 registered users

The newest registered user is utad2


+2
125xULtimo
pakdin89
6 posters

    Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya....

    pakdin89
    pakdin89
    Jr. Member
    Jr. Member


    Posts : 34
    Join date : 20/01/2011

    Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya.... Empty Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya....

    Post  pakdin89 Mon Apr 16, 2012 10:20 am

    Saya lebih tertarik dengan cerita minyak petrol kita ini. Jika anda lihat mahupun mendengar promosi terbaru Shell, mereka dilihat begitu menumpukan kepada petrol mereka yang dijenamakan semula, iaitu V-Power 97.

    Pelbagai iklan dan peraduan diadakan bagi menggalakkan penggunaan V-Power 97, walaupun kerajaan telah menjadikan RON95 sebagai minyak gred utama. Untuk menyelesaikan masalah kehairanan ini, saya perlu melawat laman web Shell Malaysia.

    Terjemahan sendiri dari laman rasmi Shell V-Power 97 Malaysia:-

    Formula inovatif dalam Shell V-Power 97 baharu direka untuk anda memperoleh sebanyak mungkin dari kereta anda, tidak kira apa yang anda pandu. Ianya direka untuk mengeluarkan kuasa lebih pantas dan memberikan prestasi berterusan. Ciri-ciri istimewa Shell V-Power 97 ini direka untuk memberikan perubahan bermula dari isian pertama.

    Formulasi unik yang mengandungi komponen yang dipilih atas keupayaan membekalkan lebih kuasa dan pecutan menerusi pembakaran yang ditambah baik, tidak kira apa kereta anda pandu.
    Formulasi Oktana RON 97 direka untuk membekalkan potensi pecutan bagi semua kereta.
    Teknologi Ubah-Suai Geseran yang sama digunakan bagi minyak perlumbaan Shell V-Power oleh kereta Formula Satu Ferrari direka untuk mengurangkan geseran dengan memperkenalkan komponen lapisan permukaan bagi melindungi bahagian kritikan enjin. Ini membantu mengeluarkan tenaga bernilai membolehkan pemindahan tenaga yang lebih efisien dari minyak ke tayar. Ianya direka untuk prestasi ditambah baik terus dari isian pertama.

    Jika anda para pembaca beranggapan bahawa ini merupakan iklan Shell, maaf anda salah di situ. Siapalah Kelapa Muda ini untuk dibayar oleh korporat besar seperti Shell, semata-mata untuk iklan? Untuk buat NuffNang pun masih tak lepas.

    Saya hanya ingin membandingkan antara dua gred petrol yang ada di negara kita ini, dari beberapa aspek, iaitu harga, kadar penggunaan, dan manfaat kepada alam sekitar.

    Harga

    RON95 RM1.85/liter – dijamin oleh kerajaan sehingga 2011

    RON97 RM2.15/liter – harga diapungkan dan dikemas kini setiap minggu

    (kemas kini: Harga RON97 kini RM2.40/liter, RON95 RM1.90/liter.)

    Memandangkan kita tidak yakin dengan kemampuan kerajaan meneruskan subsidi, pendapat saya lebih baik untuk kita membiasakan diri dengan harga yang diapungkan menerusi penggunaan RON97. Pengapungan harga ini pastinya bakal diperluaskan apabila kerajaan tidak lagi mampu memberi jaminan harga.

    Kadar penggunaan

    Secara keseluruhan, RON97 membekalkan lebih kuasa pecutan, namun lebih efisien dari segi kadar pembakaran. Bagi satu perjalanan jarak yang sama (misalnya Kajang – Banting), RON97 terbakar pada kadar yang lebih perlahan dari RON95, hasilnya jumlah yang hampir sama juga akhirnya dibelanjakan untuk mana-mana jenis petrol tersebut bagi perjalanan sama.

    Percayalah, sebenarnya jumlah yang anda belanja untuk satu perjalanan, adalah lebih rendah dengan penggunaan RON97. Ini telah terbukti bagi dua kereta yang sudah dikenali dengan penjimatan minyaknya, iaitu Proton Savvy milik saya, serta Toyota Vios milik bapa saya. Pastinya bagi kereta-kereta yang lebih lama mahupun menggunakan petrol dengan banyak, penjimatan tersebut akan lebih terasa.
    Manfaat kepada alam sekitar

    Apakah manfaat daripada lebih kuasa pecutan, dan pembakaran efisien terhadap alam sekitar? Pastinya, alam sekitar kurang terancam. Pembakaran efisien memastikan pengeluaran asap pada kuantiti rendah, serta penggunaan tenaga secara lebih efektif dengan kurang pembaziran tenaga.

    Lebih kuasa pecutan juga memastikan tiada kenderaan lain yang mengeluh dan terpaksa bergerak perlahan di belakang kenderaan anda, gara-gara kereta anda tidak cukup pick-up.

    Pilihan yang lebih baik?

    Pastinya RON97 – penggunaan efisien dan mesra alam sekitar pada harga 50 sen lebih tinggi daripada RON95. Sebolehnya, isilah di stesen-stesen Shell yang cukup mudah didapati di seluruh Malaysia dengan kebanyakan stesen menjual kedua-dua jenis petrol.

    Inilah yang terbaik anda boleh lakukan untuk alam sekitar dan penjagaan enjin berbanding anda membeli Toyota Prius atau Honda Civic Hybrid yang masih mahal harganya dan memerlukan anda mengeluarkan belasan ribu RM untuk pertukaran bateri selepas 100,000km perjalanan.

    MINYAK SHELL RON97 BUKAN SAHAJA UNTUK KERETA MALAH UNTUK MOTOR

    SEKIAN TERIMA KASIH.
    125xULtimo
    125xULtimo
    Jr. Member
    Jr. Member


    Posts : 282
    Join date : 03/08/2011
    Age : 28
    Location : Rumahku

    Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya.... Empty Re: Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya....

    Post  125xULtimo Tue Apr 17, 2012 12:26 am

    bgos info ni.. aq ingt x byk beze pkai ron97 ni.. rupe2nye leh than gak..
    blackyBEAR
    blackyBEAR
    Sr. Member
    Sr. Member


    Posts : 415
    Join date : 17/10/2011
    Age : 30
    Location : Hokkaido, Japan

    Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya.... Empty Re: Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya....

    Post  blackyBEAR Tue Apr 17, 2012 9:06 am

    125xULtimo wrote:bgos info ni.. aq ingt x byk beze pkai ron97 ni.. rupe2nye leh than gak..
    aq memg dari dlu gune 97..bile dompet kempis je gune 95..hehehe Twisted Evil
    reza
    reza
    Moderators
    Moderators


    Posts : 218
    Join date : 12/06/2011
    Age : 36
    Location : Kg.Baru, KLfornia

    Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya.... Empty Re: Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya....

    Post  reza Tue Apr 17, 2012 8:33 pm

    blackyBEAR wrote:
    125xULtimo wrote:bgos info ni.. aq ingt x byk beze pkai ron97 ni.. rupe2nye leh than gak..
    aq memg dari dlu gune 97..bile dompet kempis je gune 95..hehehe Twisted Evil

    Thanks for detail information Pak Din,
    ptut la hang dpat kerja bahagian Library, selak jw mcm2 info hang leh dpt... Razz Razz
    Bagi aku RON95 @ RON97 sma jw.. kdng2 siap bercampur minyak dri len2 brand (bgantung pd keadaann) cuma beza mahal ngn murah... lw ada sen lebih, bru m'gatal pkai V-Power Racing.. enjin terasa besh jw.. Terpulang pd pendapat individu

    *Pesanan Penaja: Tepuk Poket Tanye Duit... Razz
    Majestie
    Majestie
    Support Team
    Support Team


    Posts : 451
    Join date : 15/01/2011
    Age : 37
    Location : Kuala Lumpur / KgB

    Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya.... Empty Re: Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya....

    Post  Majestie Wed Apr 18, 2012 3:15 am

    salam... nice info pakdin...
    pakdin89
    pakdin89
    Jr. Member
    Jr. Member


    Posts : 34
    Join date : 20/01/2011

    Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya.... Empty Re: Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya....

    Post  pakdin89 Wed Apr 18, 2012 6:16 am

    reza wrote:
    blackyBEAR wrote:
    125xULtimo wrote:bgos info ni.. aq ingt x byk beze pkai ron97 ni.. rupe2nye leh than gak..
    aq memg dari dlu gune 97..bile dompet kempis je gune 95..hehehe Twisted Evil

    Thanks for detail information Pak Din,
    ptut la hang dpat kerja bahagian Library, selak jw mcm2 info hang leh dpt... Razz Razz
    Bagi aku RON95 @ RON97 sma jw.. kdng2 siap bercampur minyak dri len2 brand (bgantung pd keadaann) cuma beza mahal ngn murah... lw ada sen lebih, bru m'gatal pkai V-Power Racing.. enjin terasa besh jw.. Terpulang pd pendapat individu

    *Pesanan Penaja: Tepuk Poket Tanye Duit... Razz

    okey2 sama2 reza...
    zizo
    zizo
    Administrator
    Administrator


    Posts : 221
    Join date : 14/01/2011
    Age : 36
    Location : Kuala Lumpur / Ipoh

    Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya.... Empty Re: Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya....

    Post  zizo Thu Apr 19, 2012 9:17 am

    salam...
    good good aku suka bagat info mcm ni..
    sekurang2nya kita tahu... thank to pakdin..
    same2 la nnt kita share

    Sponsored content


    Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya.... Empty Re: Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya....

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Thu Mar 28, 2024 5:58 pm