Yamaha merupakan antara pengeluar motosikal terkenal dunia. Daripada motosikal berkuasa tinggi YZR-M1 yang digunakan oleh Valentino Rossi dalam perlumbaan Moto GP sehinggalah kepada motosikal kapcai 135LC yang semakin banyak bertebaran di jalan raya seluruh Malaysia. Pergi mana-mana mesti jumpa motor LC ni. Begitu ramai penggemarnya sehingga termasuk dalam senarai motor panas bersama dengan Yamaha 125 Z dan RX-Z. Banyak yang saya baca di forum, baru pakai lima bulan orang dah ‘pinjam’ buat harta sendiri.
Baru-baru ini Yamaha baru sahaja melancarkan model baru mereka untuk pasaran Indonesia bersempena dengan Jakarta Motorcycle Show 2010. Model ini diberi nama Yamaha Jupiter MX 2011. Kat Indonesia nama Yamaha 135LC ditukar kepada Jupiter MX dan di Thailand pula dipanggil Yamaha Spark. Perbezaan nama mungkin atas sebab strategi pemasaran. Dipercayai model ini akan dibawa pula ke pasaran Malaysia pada tahun depan. Samada sebagai pengganti model LC sedia ada atau saja-saja nak tambah ‘product range’ diorang, tengoklah sendiri nanti.
[You must be registered and logged in to see this image.]
SUMBER DARI [You must be registered and logged in to see this link.]
Secara kasar, rupanya masih sama dengan LC sedia ada tapi jika dilihat dari dekat nyata sangat berbeza dan garang. Lampu depan diubah sedikit dan banyak lengkungan pada cover set depan untuk lebih aerodinamik. Lampu belakang pula diberi nafas baru. Ciri-ciri yang takde pada model sebelum ini telah ditambah seperti brek cakera belakang, gear 5 kelajuan (biasanya empat) dan lebar tayar belakang yang lebih besar. Sedap la main corner. Jangan terbaring tengah jalan sudah.
Tapi point penting yang menyebabkan ramai nak beli ialah gear lima kelajuan dan juga brek cakera depan belakang sebab kedua-dua ciri ini takde pada kebanyakan model kapcai lain. Cuma kontranya, tangki minyak masih kekal pada kapasiti 4 liter. Sama je macam motor lain. Tak sesuai dengan jumlah CC nya yang besar. Baru je nak jalan jauh minyak dah nak kontang. Apa pun Yamaha memang ramai peminatnya. Letak model apa pun (walaupun tak lawa macam model Lagenda Z115) akan terjual macam goreng pisang panas.!!!!!
Last edited by Majestie on Tue Mar 29, 2011 8:19 pm; edited 2 times in total
Fri Oct 10, 2014 5:13 am by kurosaki
» aktif lagi dok mmc ni,
Tue Oct 09, 2012 3:30 am by kalatong91
» CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK]
Tue Oct 09, 2012 3:27 am by kalatong91
» adoi... den terkono...
Mon Sep 17, 2012 4:54 am by kalatong91
» YAMAHA LC 2011 V2 ( SS-4 Speed & ES-5 Speed )
Mon Jun 04, 2012 8:24 pm by reza
» ucapan takziah kepada keluarga wadi dan farah diatas pemergian anak mereka
Tue May 22, 2012 4:59 am by Majestie
» New Event KonvOI SunGaI...!!!!
Tue May 15, 2012 2:27 pm by blackyBEAR
» konvoi picnic at chamang bentong pahan 1 may 2012
Mon May 14, 2012 3:33 am by arelifea
» Konvoi Cub Prix 26 & 27 Mei
Fri May 11, 2012 1:58 am by arelifea
» ~SANTAI RIDE CUTI HARI PEKERJA TO CHAMANG WATERFALL~
Wed May 09, 2012 9:33 am by arelifea