1 Malaysian Motorcycle Community

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Log in

I forgot my password

Latest topics

» Yamaha 125Z and 125ZR v1
CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK] Icon_minitime1Fri Oct 10, 2014 5:13 am by kurosaki

» aktif lagi dok mmc ni,
CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK] Icon_minitime1Tue Oct 09, 2012 3:30 am by kalatong91

» CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK]
CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK] Icon_minitime1Tue Oct 09, 2012 3:27 am by kalatong91

» adoi... den terkono...
CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK] Icon_minitime1Mon Sep 17, 2012 4:54 am by kalatong91

» YAMAHA LC 2011 V2 ( SS-4 Speed & ES-5 Speed )
CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK] Icon_minitime1Mon Jun 04, 2012 8:24 pm by reza

» ucapan takziah kepada keluarga wadi dan farah diatas pemergian anak mereka
CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK] Icon_minitime1Tue May 22, 2012 4:59 am by Majestie

» New Event KonvOI SunGaI...!!!!
CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK] Icon_minitime1Tue May 15, 2012 2:27 pm by blackyBEAR

» konvoi picnic at chamang bentong pahan 1 may 2012
CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK] Icon_minitime1Mon May 14, 2012 3:33 am by arelifea

» Konvoi Cub Prix 26 & 27 Mei
CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK] Icon_minitime1Fri May 11, 2012 1:58 am by arelifea

» ~SANTAI RIDE CUTI HARI PEKERJA TO CHAMANG WATERFALL~
CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK] Icon_minitime1Wed May 09, 2012 9:33 am by arelifea

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 

Who is online?

In total there are 10 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 10 Guests

None


[ View the whole list ]


Most users ever online was 120 on Tue Aug 01, 2017 8:56 am

Statistics

Our users have posted a total of 4207 messages in 413 subjects

We have 270 registered users

The newest registered user is utad2


5 posters

    CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK]

    reza
    reza
    Moderators
    Moderators


    Posts : 218
    Join date : 12/06/2011
    Age : 36
    Location : Kg.Baru, KLfornia

    CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK] Empty CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK]

    Post  reza Thu Mar 15, 2012 4:41 am

    [You must be registered and logged in to see this image.]

    Ok.. Dalam bab modifikasi ni, kita akan mulakan penceritaan tentang pengubahsuaian yang sikit2 je effect sampai la sebesar2 effect kuasa tu. Dalam kes ni kita mulakan dengan ubahsuai dari tahap newbies.. pastu meningkat naik ke tahap medium dan diakhiri dengan tahap gila-gila..


    LC ni motor pelik.. motor yg ni ade kuasa hantu raya tetapi dijelmakan sekecil pelesit je. Dalam keadaan standard pun kadang kala potensi untuk mendapat kelajuan tinggi tu ada bagi semua LC. Akan tetapi prestasi std power ni telah dikecewakan oleh sejenis barang dibahagian motor tu sendiri, bahagian yang mengawal pemasaan api pembakaran, iaitu.. CDI. Dalam sesetengah kes, standard pun boleh outmeter, tapi dalam kebanyakkan owner lc lain, kelajuan biasanya 'hanya' setakat 140kmh atau 100-110 kelajuan kereta. Maka tak puas hati.. so kalau tak puas kita try bg boleh.. mana tahu, percubaan tu berhasil..


    Ini lah pengubahsuaian pertama sekali dalam kebanyakkan owner owner lc akan buat.. tukar CDI, CDI tu amende? Computerize Digital Ignition? Central Digital Ignition? lebih kurang cenggitu la.. terma yang betulnya adalah Capacitor Discharge Ignition CDI adalah komponen electronik yang terletak nye dibahagian belakang coverset depan motor lc korang tu.. kotak besar tapak tangan warna hitam tu. Unit CDI adalah unit dimana ia mengawal kadar api yang akan disalurkan ke coil dan ke palam pencucuh dibahagian pembakaran enjin tu. Kadar pengaliran api yang 'diarahkan' akan memberi kesan ke atas kuasa yang akan dijana dan berapa tinggi enjin boleh di REV.. lagi tinggi boleh di-rev lagi byk kuasa boleh dijana.. (ye ke?)


    CDI standard dalam kebanyakkan kes mempunyai fungsi CUT-OFF.. FUNGSI yg kebanyakkan jiwa kacau yg memberontak nak laju paling tak suka!!! Fungsi CUT-OFF adalah 'arahan' yang telah disimpan didalam flash memori CDI tadi untuk menugaskan CDI menghadkan kadar pengaliran percikkan api palam pencucuh pada had-had rpm tertentu. Sebagai contoh, YAMAHA telah setkan 'arahan' pada CDI 135lc MALAYSIA untuk menghadkan CDI memberi percikkan api pada palam pencucuh aka plug pada had 8000 rpm sahaja. Ini bermakna sekiranya komer cuba nak rev lebih dari 8000rpm, api pada palam pencucuh secara am nye tidak akan disalurkan. Hanya setakat 8000rpm sahaja. Enjin takkan mati walaupun rev lebih dr itu sebab sensor CDI pada magnet akan tetap menyalurkan api selagi putaran enjin berada di 7999rpm - 8000rpm. OK?


    Apa sebab YAMAHA buat mcm tu.. banyak perkara yang menjerumus kearah kenapa yamaha buat mcm tu. Antara sebab2 nya adalah kehendakkan JPJ untuk menghadkan kadar kuasa dan kelajuan, atau untuk lebih daya tahan enjin kepada pengguna2 biasa supaya tidak sesuka hati memerah enjin semahu mahunya. Walau bagaimana pun tak semestinya CDI standard keluaran YAMAHA adalah cut-off. Dalam kebanyakkan kes permulaan pengeluaran sesebuah model baru, pengeluar sering 'memberi' keistimewaan kepada model baru tersebut. Dalam kes LC Malaysia, 800 bijik lc pertama kebanyakkannya adalah NON-CUT OFF. 800 tu terbahagi kepada 4 warna motor. Model2 keluaran pertama ini berbeza setting CDI nya.. wiring system.. dan setup enginenya. 800 model pertama ini walaupun TANPA MODIFIKASI ia tetap akan mendapat kelajuan maksimum meter lc (ler).. sempoikan sapa yg mula2 beli dulu..

    [You must be registered and logged in to see this image.]

    So mcm mana nak tahu cdi tu cut off ke tak? bawak motor tu cuba tarik gear 2 atau 3 lama2 sket.. nnt enjin bila sampai satu2 kelajuan tertentu rasa mcm tersekat2.. mcm nak tanak pegi jer.. cut off la tu.. atau amik exzost pekak mcm ahm or yypang dan seangkatannya tu pasangkan kat enjin, tgk dan dgr la nnt bunyi enzost tu jd macam haram jadah kedengaran bila sampai cut off tu.. bunyi bila tarik gear lama sket jd teerr terrr terrr terrr terrr teerr terrr terrr terrr terrr teerr terrr terrr terrr terrr teerr terrr terrr terrr terrr 4EVER & EVER EVER!!! selagi tak masuk gear seterus nya hahahahahahhahaha hahahahahahahahaha


    Orang kata.. kalau manusia la yg bikin manusia jugak la yang boleh ubah kan? dalam kes benda la.. ok skang cdi dah cu-off.. tension giler.. motor takleh nak laju siiiiiikkkittt je pun.. so how? jawapan nye adalah dengan menukar unit CDI LC anda... kat pasaran skarang banyak banyak banyak gileraa CDI berprestasi tinggi.. ade yg berprestasi tinggi ada juga yang berprestasi AUTA.. jaga2 yer heh heh heh.. CDI prefomance ni selalunye fungsi nye simple.. buang CUT-OFF.. satel.. itu tujuan pertama.. yg kedua ketiga tu dah jd lain..


    NON ADJUSTABLE PERFORMANCE CDI
    OK CDI jenis ni adalah cdi yg fungsi nya hanya la limited non-cut-off.. dah cut off tapi ader limit.. so mcm mana nih? std cdi cut off hanya pada 8000rpm kan?? cdi jenis ini akan beri anda rev sehingga 11.500 rpm - 12.000 rpm.. dan cut! haha.. still ade cut!! tp ok la.. ia cut pada red line rpm tu wei.. mcm meter rpm kreta.. sampai line merah masuk gear kan? haaa mcm tu la.. disamping ia memberi lc anda utk tidak cut-off tp still menjaga enjin anda jugak.. ok la tu.. hehe.. biasa nya cdi jenis ni rege sekitar 180-250 mcm tu la.. tiada tombol2 or benda2 leh adjust utk cdi ini.. plug & play play la with your lc bebeh.. huhu.. simple je.. motor leh larik laju sket dr keadaan biasa.. tgk setting enjin dr kilang gak la..


    ADJUSTABLE PERFORMANCE CDI
    haa CDI ni upgrade sket dr yg sebelum ni.. cdi jenis ini dah langsung takde cut-off hehe.. dan boleh adjust2 la pulak ikut rasa nafsu komer!! harga selalu nye disekitar 300-500 mcm tu.. selalu nye cdi ini disertakan dengan tombol2 pada cdi utk disetkan berapa RPM yang mahu anda cut dan juga darjah letupan api plug tu.. atau sesetengah brand pulak letak setting utk berapa kuat api nak dihantar ke plug.. lg tinggi set lg kuat api hehe.. cdi ini menjadi pilihan untuk mereka yg cendering ke arah modifikasi serdahana dan juga ektreme (low budget sket).. so rpm tu boleh adjust2 la ikut suka.. tp ingat.. hati2 jgn tinggi sgt.. dan juga boleh set darjah mana nak meletup.. yang org susah nak paham, tapi kesan api meletup darjah mana adalah mempunyai kesan berbeza, aku cuba la nak explain.. darjah letupan tu adalah ketika mana piston sedang memampatkan petrol dan oksigen dikebuk pembakaran.. masa nak meletup? sedang menaik ke puncak mampatan? sedang memampat? ketika mampat giler? lepas sikit dr mampatan? lepas byk dr mampatan? semua ni ada darjah2 nya mengikut putaran aci engkol aka cranckshaft enjin.. setiap bahagian ni berbeza kesannya masa bila ia meletup? yang tu kena kaji la satu2 secara teliti utk melihat kesan nye.. pening? cuba2 la berimiginasi...



    FULL COMPUTERIZE ADJUSTABLE PERFORMANCE CDI
    ok ni dah sampai tahap full adjustable.. full adjustable ni adalah dimana kita tak main dah setting pulas2 kat CDI.. tapi pakai komputer tross!!!! cdi jenis ini disertakan dgn wayar utk disambungkan ke laptop atau remote control diberi untuk tujuan tuning.. cdi jenis ni sememangnye terkenal pada kaki2 modi extreme dan terkenal dengan harganye.. dr harga 600, 700 hingga la ke riban2 pun ade.. fully adjustable sgt berbeza sebab anda setting dgn laptop dan nak tepat lagi.. letak motor atas mesin dyno on laptop cucuk kat cdi & setting.. mcm kreta sport buat selalu tuning tp ni tuning kapcaia la der.. setiap GEAR mempunyai titik tertentu utk diubahsuai mengikut kuasa yg dimahukan.. atau dislowkan.. kalau gear 3 mcm lambat je nak sampai top sepatutnya.. setting je brapa darjah sepatut nye terbakar utk kasi gear 3 'hidup' balik.. bermakna anda boleh setting sehabis2 yg anda mahu.. betul2 hawliao wooo hohohohohohoho.. jenis ni selalu nye digunakan pada mereka dah mencapai tahap extreme dalam modifikasi.. yg mahukan yg terbaek dan solid power... bukan la bermakna yg modi biasa2 takleh pakai.. boleh je.. ade ongkso moleh meli meehh... talak hai munya..

    [You must be registered and logged in to see this image.]

    BRAND & FUNGSI2 UTAMA
    Banyak brand banyak level utk jenis modi dan banyak fungsi.. CDI yang ada skarang dipasaran banyak juga brandnya... dan kebanyakkan user2 lc biasa akan memilih BRT.. sebab? Sebab ini la CDI yang mula2 dibawa masuk oleh mereka yang die-hard-fan lc dulu2.. dan bila taukey2 nampak peluang CDI ini dimata pengguna lc mereka jugak bwk masuk dalam kapasiti yg sungguh banyak dan minat terhadap CDI ini menjadi meletop.. ada juga CDI2 brand lain yg mendapat tempat dipasaran tetapi hanya diketahui oleh mereka2 yg benar2 paham dalam dunia modifikasi.. sebagai contoh.. REXTOR, ADRION XP, CHEETAH, KITTY, RACING BEE, CDI2 YAMAHA SIAM INDON VIETNAM, CDI SPARK RACING LIMITED EDITION atau pun CDI2 AUTA yg boleh kata ntah betul ntah idak mcm ACRAPOVIK, MUGEN, HKS Racing.. so jikalau anda adalah kaki forum.. kebiasaan anda akan membaca brand BRT - REXTOR.. dan akhir2 ini CHEETAH.. setiap brand mempunyai kefungsian yang berbeza dan tahap RASA yg juga berbeza... pro dan kontra tetap ada tetapi dalam kebanyakkan kes ia rasa puas hati pada setiap brand2 ini kerana fungsi kehendak utama pengguna telah dipenuhi iaitu NON CUT OFF.
    antara fungsi2 CDI dipasaran adalah:


    membenarkan penyelarasan non cut-off secara automatik atau manual mengikut kesesuaian tahap mofdifikasi enjin dan kehendak owner.. komer leh set bila nak cut-off yg korang la mcm aku citer tadi
    mengawal pusingan kipas lebih cepat dari keadaan standard yg bermakna.. kawalan kipas akan berfungsi pada suhu yg lebih cepat utk menstabilkan suhu enjin pada kadar terbaik dari ketetapan kilang.. maknanya.. kipas takde le tunggu suhu tinggi biasa baru la nak pusing.. ia akan pusingkan kipas tu cepat dr itu..


    ader jugak sesetengah cdi yang mempunyai fungsi voltage stabilizer. fungsi ini bagus untuk membolehkan semua voltage pada motosikal anda pada tahap yg memuaskan tanpa ada ganguan naik turun voltage. contoh: jika lampu anda memerlukan kuasa voltage 12v maka dgn bantuan stabilizer ini maka lampu akan diberi voltage optimum sepanjang masa bergerak.. tiada kurang atau terlebih. dan semua bahagian motor juga mendapat voltage yg sepatutnya secara masa nyata. tanpa sedikit kurang dan terlebih. kebagusan fungsi ini adalah utk menjamin dengan menggunakan cdi ini system wiring motor dan voltage tidak akan mengalami sebarang gangguan aplikasi dar std kilang melainkan anda membuat penambahan sendiri seperti meter rpm koso ke.. pencucuh rokok bagai.. alarm.. kalau ada.. mungkin ada masalah atau mungkin tiada. sebab itu jika motor anda menggunakan cdi prestasi tinggi, kebanyakkan rakan2 lebih arif menyarankan supaya anda tidak menggunakan brg spt voltage stabilizer tambahan.. sebab dah mmg ader leeeerrrr.. lain la kalau std pekak.. boleh le masuk benda alah tu


    power booster!!!! huhu.. fungsi ini terdapat pada cdi mcm rextor dan yg terkenal adrion xp or kitty gold.. power booster adalah option nilai tambah dr brand2 ini utk meningkatkan kuasa percikkan api dari kadar biasa.. percikkan api plug lebih kuat dr biasa ini mempunyai pro dan kontra dan telah banyak dibahaskan di forum.. api yg kuat boleh membantu utk pembakaran yg sempurna, sebab dalam keadaan rpm yg sgt tinggi.. api plug yg kuat boleh membantu sedikit sebanyak utk membakar mampatan petro angin pada kadar lebih menyeluruh dan sekata tanpa ada lag. kontra nye pulak.. kalau api jadi kuat sgt pun tak boleh sebab ada setup terlampau kuat apinya boleh menyebabkan permukaan piston tu mcm berkawah sket dibahagian ia dekat ngan plak.. takle kawah besor geyler.. tp ade le 2-3mm jugak la.. kalau lama2 mau besor juga... so pastikan setting kawalan jgn terlalu kuat.. sedang2 udah.


    [You must be registered and logged in to see this image.]


    ada juga yg memberi pilihan pelbagai mode.. mcm mode biasa atau mood racing dan boleh on off pulak.. mcm sbk-sbk maju yg bertaburan dgn pelbagai setting a b c mcm2 tu la.. tp cdi kapcai pun ader jugak diberi option ini.. mode nye selalu diset mode a - off, mode b - on.. selalunya mode ni bila di 'on' kan suis mode tu.. cdi akan naikkan semua setting yg telah diset di mode a tadi sebanyak 2 tingkat kadarnya.. contoh: jika anda set api letupan adalah 33 darjah dan cut off 11500 rpm di mode A.. apa bila anda on kan mode B serta merta cdi akan menukar semua setting tadi kepada api letupan darjah 35-37 darjah dan cut off 12500 rpm.. ini kira mcm mode bwk biasa dan mode nak race la.. nampak mcm lawak je kan... tp mmg ada kesan 'rasa' nye, dan selalu rasa sikit2 je dan kadang mmg terasa sungguh.. dan kebanyakkan mereka yg pakai cdi ni pun tak tahu ade fungsi special ni.. sebab dia tak baca spec dan amik tahu pun ahahahahahahaha... fungi ini selalunye ada pada cdi level 2 dan 3..


    juga memberi option untuk menyimpan setup2 setting cdi tadi dalam bentuk pelbagai mode.. ini adalah fungsi baru ke atas cdi kapchai, anda boleh menyimpan sehingga 10 mode atau 20 mode bergantung kepada cdi tu sendiri. ok mcm ni.. kita ambil contoh 4 mode. mode 1 pick up, mode 2 top speed, mode 3 hujan mode 4 kembara. Mode2 ni semua tiada dibekalkan dari pengeluar, anda perlu membuat kajian untuk mendapatkan mode2 ini. kita ambil contoh situasi bergini, bila dalam keadaan statik atau permulaan anda mesti mahukan motor pickup, ok setkan cdi anda dalam mode 1 dgn menekan satu butang, bila rentap ke throtle minyak motor anda akan dihemburkan dgn pickup yg power sebab dah setting cdi mcm tu, dan bila masuk gear 2 dan ke 3 disini top speed anda sgt diperlukan.. disebabkan cdi tadi telah disetkan mode 1 maka anda boleh menukar karektor cdi anda ke mode 2 utk top speed dan dalam sekelip mata motor anda terus meluncur laju out meter (kalau leh dapat le) mode2 ni boleh ditukar real time dan rasa real time, sama mcm mode hujan or kembara.. tu semua contoh la kan.. akan tetapi jgn terlalu mengharapkan setup2 ini akan rasa giler2 kuasa tu.. rasa tu ada tp takde le sampai terkejutkan rider tu sendiri.


    haa pulas la sampai puas hati
    memberi kawalan bila letupan akan berlaku.. kiraan letupan dalam enjin akan berlaku dikra dalam bentuk darjah aka degree.. bukan suhu.. tetapi sudut pusingan aci engkol aka cranckshaft.. spt dinyatakan diatas tadi.. bila korang nak campuran petrol + angin ni meletup?masa sedang menaik ke puncak mampatan? ketika sedang di mampatkan? ketika mampat giler giler giler ke!!? lepas sikit dr mampatan? lepas byk dr mampatan? so anda boleh setkan bila nak meletup... ade kesan der.. jgn pikir benda ni merapu je lah.. nak bg penuh je kat cdi bg nampak gempak... takde.. ini bukan memain.. selalu nye bg mereka yg mengetahui fungsi advance - retart pada camshaft akan menggunakan fungsi ini sebaik2 nya... sebab ia mmg berkait.. nak kira tu aku mmg tak reti la mcm mana matematiknye.. tu kena tanya yg betul tahap gaban punye pomen rnd..


    [You must be registered and logged in to see this image.]


    memberikan kawalan titik2 pengapian secara custom... bermakna.. anda mengawal api setiap titik rpm secara menyeluruh! setiap gear misalan kata ader 11 titik dari 0 rpm ke 12000 rpm.. so ader 4 gear... 1 gear 11 titik.. so ader 44 titik utk diprogramkan bila letupan akan berlaku.. itu kalau 11 titik.. ader brand yg beri sehingga 25 titik.. gilerkan? anda boleh setkan tiitik dalam jangka had rpm tu.. tuning ni dibuat melalui laptop dan bantuan mesin dyno.. mmg kena buat mcm ni utk dapat setting terbaik.. dan ianya mmg yg terbaik.. option terbaik pada rege yg mmg baekk punyerrr... kalau sapa tak tahu bila tengok harga mesti terpacul "terkejut boboy..." hahahahaha
    mcm aku terangkan tadi.. brand ade banyak dan aku takleh la spesifik kan brand apa yg bagus kerana setiap brand ader kelemahan dan kebaikan.. so anda kena tahu dulu setiap brand ini memberikan fungsi apa yg anda pilih.. bergantung pada fugsi, harga, kualiti buatan, prestai 7 juga review.. maka perlu banyak bertanya apa yg terbaek dan dgr feedback mereka yg telah pakai.. dan pastikan juga anda memilih cdi yg mm diketahui bagus di arena perdana.. jgn ambik yg pelik2.. nnt takut la kena auta.. naya la pulakkan.. so beware..


    PRO & KONTRA.
    perkara pro dan kontra dah biasa ler mengkomer dengar ye dak.. "weh napa dah pakai cdi bla bla bla tak laju pun" "weh napa cdi bla bla bla ni mcm ade cut off.. adjust mcm nak mati" mcm2 kan?? biasa kat status fb.. kat shout box dulo2.. kat forum teknikal moto anda.. biasa nye la.. pakai cdi pada motor std tidak menjamin motor anda jd laju or power mcm hantu raya secara tiba2.. fungsi cdi hanyalah melepaskan kadar had enjin berputar.. bukan menambah kuasa.. disini anda perlu faham habis2.. jgn salahkan cdi or kawan or taukey kedai.. or salahkan aku! hahahahahaahaha.. aku cerita je pun... CDI hanya mengawal api plug tu... bukan mekanikal enjin sendiri... kuasa berkait dengan br mekanikal kalau dalam bab lc.. cdi jaga api.. so kena paham betul2.. dan dalam anda ghairah menggodek setting sdi tu kena tahu juga brapa limit rpm yg selamat.. takut kang terlebih lebih sgt nnt mau berkecai tarik rev enjin giler2... pastikan anda tahu apa yg anda buat.. kalau tak tahu beri pada mereka yg tahu.. ok??
    dalam kes lain ada juga mereka2 yg pakai cdi level 1 dan 2 still ade cut off.. yang kes ni kena betul2 hati2.. sebab.. banyak kes kat pasaran skang ni ade cdi tiruan... cdi ni ko setting la sampai mati pun mmg akan ader cut off.. kalau nak beli pastikan beli kat org2 yg percayai.. yg dia sendiri pegi indon or siam ke beli.. sebab yg tu dah tentu dia amik dr kilang.. mcm kawan kita si palex ke.. yg tu aku percaya la.. so hati2 kalau nak beli ok...


    [You must be registered and logged in to see this image.]
    arelifea
    arelifea
    Moderators
    Moderators


    Posts : 388
    Join date : 25/01/2011
    Age : 33
    Location : KL :: Wilayah :: Selangor

    CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK] Empty Re: CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK]

    Post  arelifea Thu Mar 15, 2012 11:13 am

    wahai otai2 sekalian alam.

    pernah dgr CDI API Tech from Thailand?
    rege lebih kurang BRT,performance cun (kata cina Racing Boy Sungai Chua)..

    kasi review skit...

    Twisted Evil Twisted Evil
    Majestie
    Majestie
    Support Team
    Support Team


    Posts : 451
    Join date : 15/01/2011
    Age : 37
    Location : Kuala Lumpur / KgB

    CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK] Empty Re: CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK]

    Post  Majestie Sat Mar 17, 2012 10:53 am

    arelifea wrote:wahai otai2 sekalian alam.

    pernah dgr CDI API Tech from Thailand?
    rege lebih kurang BRT,performance cun (kata cina Racing Boy Sungai Chua)..

    kasi review skit...

    Twisted Evil Twisted Evil

    tumpang lalu.. ckp je cun.. pkai2 kong trus..
    ade warranty x?
    avatar
    jawa3371


    Posts : 13
    Join date : 22/03/2012

    CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK] Empty Re: CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK]

    Post  jawa3371 Mon Mar 26, 2012 5:26 am

    ah,benci ar beli motor ni ada cut off plak..hak tuii..! (bru je dpt gt128 td..)
    Majestie
    Majestie
    Support Team
    Support Team


    Posts : 451
    Join date : 15/01/2011
    Age : 37
    Location : Kuala Lumpur / KgB

    CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK] Empty Re: CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK]

    Post  Majestie Mon Mar 26, 2012 5:56 am

    jawa3371 wrote:ah,benci ar beli motor ni ada cut off plak..hak tuii..! (bru je dpt gt128 td..)

    sume motot ade cutoff.. cuma tukar cdi cut off dia high rpm dgn low rpm je.. tapi gt128 laju ape.. bleh kejar lc gak tu...
    kalatong91
    kalatong91


    Posts : 10
    Join date : 13/03/2012
    Location : Kuala Lumpur

    CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK] Empty Re: CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK]

    Post  kalatong91 Tue Oct 09, 2012 3:27 am

    tumpang tnya bro..
    cdi ape yg cun tahap izara aishah utk blok 62mm?
    lg 1, carb pe yg ssuai?

    Sponsored content


    CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK] Empty Re: CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK]

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Tue Mar 19, 2024 2:33 am