1 Malaysian Motorcycle Community

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Log in

I forgot my password

Latest topics

» Yamaha 125Z and 125ZR v1
Tatatertib Berkonvoi Di MMC & Sign Tangan Semasa Berkonvoi Untuk Marshal Icon_minitime1Fri Oct 10, 2014 5:13 am by kurosaki

» aktif lagi dok mmc ni,
Tatatertib Berkonvoi Di MMC & Sign Tangan Semasa Berkonvoi Untuk Marshal Icon_minitime1Tue Oct 09, 2012 3:30 am by kalatong91

» CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK]
Tatatertib Berkonvoi Di MMC & Sign Tangan Semasa Berkonvoi Untuk Marshal Icon_minitime1Tue Oct 09, 2012 3:27 am by kalatong91

» adoi... den terkono...
Tatatertib Berkonvoi Di MMC & Sign Tangan Semasa Berkonvoi Untuk Marshal Icon_minitime1Mon Sep 17, 2012 4:54 am by kalatong91

» YAMAHA LC 2011 V2 ( SS-4 Speed & ES-5 Speed )
Tatatertib Berkonvoi Di MMC & Sign Tangan Semasa Berkonvoi Untuk Marshal Icon_minitime1Mon Jun 04, 2012 8:24 pm by reza

» ucapan takziah kepada keluarga wadi dan farah diatas pemergian anak mereka
Tatatertib Berkonvoi Di MMC & Sign Tangan Semasa Berkonvoi Untuk Marshal Icon_minitime1Tue May 22, 2012 4:59 am by Majestie

» New Event KonvOI SunGaI...!!!!
Tatatertib Berkonvoi Di MMC & Sign Tangan Semasa Berkonvoi Untuk Marshal Icon_minitime1Tue May 15, 2012 2:27 pm by blackyBEAR

» konvoi picnic at chamang bentong pahan 1 may 2012
Tatatertib Berkonvoi Di MMC & Sign Tangan Semasa Berkonvoi Untuk Marshal Icon_minitime1Mon May 14, 2012 3:33 am by arelifea

» Konvoi Cub Prix 26 & 27 Mei
Tatatertib Berkonvoi Di MMC & Sign Tangan Semasa Berkonvoi Untuk Marshal Icon_minitime1Fri May 11, 2012 1:58 am by arelifea

» ~SANTAI RIDE CUTI HARI PEKERJA TO CHAMANG WATERFALL~
Tatatertib Berkonvoi Di MMC & Sign Tangan Semasa Berkonvoi Untuk Marshal Icon_minitime1Wed May 09, 2012 9:33 am by arelifea

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 

Who is online?

In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests

None


[ View the whole list ]


Most users ever online was 120 on Tue Aug 01, 2017 8:56 am

Statistics

Our users have posted a total of 4207 messages in 413 subjects

We have 270 registered users

The newest registered user is utad2


    Tatatertib Berkonvoi Di MMC & Sign Tangan Semasa Berkonvoi Untuk Marshal

    zizo
    zizo
    Administrator
    Administrator


    Posts : 221
    Join date : 14/01/2011
    Age : 36
    Location : Kuala Lumpur / Ipoh

    Tatatertib Berkonvoi Di MMC & Sign Tangan Semasa Berkonvoi Untuk Marshal Empty Tatatertib Berkonvoi Di MMC & Sign Tangan Semasa Berkonvoi Untuk Marshal

    Post  zizo Mon Jan 17, 2011 9:04 am

    Saya percaya perbincangan tentang ini telah dijalankan dalam menekankan disiplin semasa mengikuti konvoi yang dianjurkan oleh MMC. Walaubagaimanapun topik ini perlu diperkatakan berkali-kali sebagai panduan dan juga peringatan kepada kita semua agar kita semua mengingati tingkahlaku yang baik sewaktu berada diatas jalanraya. Beberapa kelab motorsikal yang lain mempunyai cara dan disiplin mereka sendiri. Dan kita di MMC juga mempunyai prinsip dan disiplin kita yang tersendiri. Kita mempunyai rekod yang sangat baik dimana TIADA kemalangan maut/teruk sepanjang tunggangan yang telah bertahun lamanya. Cuma kes terjatuh dan kecederaan kecil sahaja dan diharap rekod baik ini dapat dijaga selamanya. Dalam perjalanan konvoi rasmi MMC KELAJUAN bukan faktor utama sebaliknya KESELAMATAN adalah faktor yang harus diutamakan. Dan diatas sebab ini juga ada beberapa orang diantara kita yang meninggalkan MMC kerana bagi mereka merasakan harus menunggang dengan pantas untuk memenuhi kepuasan menunggang motorsikal apabila mereka telah upgrade motor jenis berkuasa lebih tinggi dari sebelumnya. Walaubagaimanapun, sebahagian besar yang berfikiran telus masih kekal di MMC.



    Menunggang secara berkumpulan/berkonvoi sememangnya memberikan lebih keseronokan dan kepuasan. akan tetapi boleh menjadi bahaya jika seseorang itu tidak biasa menunggang secara berkumpulan. Sila patuhi panduan jika anda berhasrat untuk menyertai aktiviti menunggang MMC.


    1. Sentiasa dengar dan peka dengan maklumat yang disampaikan oleh penganjur/marshall ketika sesi taklimat diadakan. Ini adalah sangat penting kerana segala tempat berhenti rehat, mengisi minyak, jarak tunggangan serta makan dan minum akan diberitahu ketika taklimat. Ini adalah untuk mengelakkan pertanyaan berulang-kali dilakukan kepada penganjur/marshall kerana penganjur/marshall juga mempunyai tugas yang berat menanti dan perlu fokus didalam perjalanan.

    2. Pengurusan masa hendaklah tepat. Tiba awal di tempat permulaan. Dengan ini jadual perjalanan tidak akan terganggu, serta kita juga tidak perlu berkejar-kejaran untuk mengejar masa yang terlepas dan ini juga bermakna tunggangan akan menjadi lebih selamat.

    3. Sentiasa bersedia, (seperti pengakap) sarung tangan dan helmet dipakai, kunci berada di posisi "ignition" apabila marshall berada diatas motorsikal beliau. Ini membuatkan keseluruhan konvoi bergerak lancar dan sekata serta tiada ruang jarak yang terlalu jauh (konvoi terputus). Ini juga termasuk apabila tempoh waktu berhenti rehat yang diberi tamat, memandangkan menunggu ahli konvoi yang lewat bersedia dibawah matahari terik dengan helmet bertutup penuh dan juga sarung tangan serta jaket tebal amat menyeksakan dan akan menghilangkan keseronokan berkonvoi. Seseorang marshall yang bagus akan memberi isyarat sebelum mula bergerak, kebiasaannya dengan hon atau siren (pendek)

    4. Sentiasa jaga jarak antara penunggang yang lain. Jangan berkumpul dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa. Jangan risau kerana anda tidak akan ditinggalkan bersendirian dibelakang.

    5. Jika anda perlu memotong rakan anda sila gunakan lorong sebelah kanan dengan memberi ruang dan isyarat yang mencukupi.

    6. Biarkan rakan anda memotong dengan selamat kenderaan dihadapan sebelum anda mengambil kedudukan bersedia memotong

    7. Jika anda terpaksa berhenti (tidak berjadual)/kecemasan sila letak motorsikal anda ditepi bahu jalan (kawasan lapang) serta letak motorsikal dengan baik dan jarak yang tidak terlalu rapat dan tidak mengganggu lalu lintas.

    8. Tiada marshall MMC yang dibenarkan untuk menggunakan siren sewaktu menunggang untuk mengejar/menghalau kenderaan lain. (menyalahi undang-undang)

    9. Tiada marshall MMC diberi kuasa untuk menahan/memberhentikan lalu-lintas di lampu isyarat/simpang. Kita TIDAK berkuasa untuk melakukan perkara tersebut. Sentiasa beringat dan selamat

    10. Jika kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat dan mengganggu berikan laluan untuk ia memotong melepasi konvoi.

    11. Jika seseorang penunggang baru tidak mampu mengikut kelajuan konvoi maka dia seharusnya menunggang motorsikal dia dengan kelajuan yang dirasakan sesuai. sweeper/last man akan bersama kamu sepanjang perjalanan dan akan berkumpul semula dengan konvoi dihentian seterusnya.

    12. Sila pastikan anda sentiasa berada dalam kumpulan konvoi terutama sekali ketika melalui pekan/bandar yang asing bagi anda.

    13 Pada masa tertentu dan jalan yang elok marshall yang baik akan membenarkan anda menunggang mengikut kelajuan anda sendiri untuk menikmati selekoh dan bermesra dengan trottle. TETAPI anda perlu ingat JANGAN berlumba sesama sendiri. Penunggang akan berkumpul semula diperhentian seterusnya.

    14. Jika anda terpaksa berhenti cemas tanpa pengetahuan marshall dihadapan, sila berikan isyarat kepada sweeper dan beliau akan membantu anda. Seluruh kumpulan konvoi hendaklah meneruskan perjalanan sehingga marshall sedar akan penunggang yang hilang dari kumpulan.

    15. Jika anda adalah jenis yang memerlukan masa lebih panjang untuk berehat/melegakan diri sewaktu konvoi berhenti rehat sila letakkan motorsikal anda dikawasan yang mudah dilihat dimana kebanyakkan penunggang lain dapat lihat. Kita mempunyai kes dimana peserta konvoi tercicir kerana beliau meletakkan motorsikal beliau dibelakang tandas.jauh dari pandangan orang ramai.

    Sekian Terima Kasih

      Current date/time is Mon May 20, 2024 5:31 am