1 Malaysian Motorcycle Community

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Log in

I forgot my password

Latest topics

» Yamaha 125Z and 125ZR v1
Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T Icon_minitime1Fri Oct 10, 2014 5:13 am by kurosaki

» aktif lagi dok mmc ni,
Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T Icon_minitime1Tue Oct 09, 2012 3:30 am by kalatong91

» CDI - Capacitor Discharge Ignition [TOYOL KECIK]
Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T Icon_minitime1Tue Oct 09, 2012 3:27 am by kalatong91

» adoi... den terkono...
Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T Icon_minitime1Mon Sep 17, 2012 4:54 am by kalatong91

» YAMAHA LC 2011 V2 ( SS-4 Speed & ES-5 Speed )
Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T Icon_minitime1Mon Jun 04, 2012 8:24 pm by reza

» ucapan takziah kepada keluarga wadi dan farah diatas pemergian anak mereka
Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T Icon_minitime1Tue May 22, 2012 4:59 am by Majestie

» New Event KonvOI SunGaI...!!!!
Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T Icon_minitime1Tue May 15, 2012 2:27 pm by blackyBEAR

» konvoi picnic at chamang bentong pahan 1 may 2012
Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T Icon_minitime1Mon May 14, 2012 3:33 am by arelifea

» Konvoi Cub Prix 26 & 27 Mei
Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T Icon_minitime1Fri May 11, 2012 1:58 am by arelifea

» ~SANTAI RIDE CUTI HARI PEKERJA TO CHAMANG WATERFALL~
Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T Icon_minitime1Wed May 09, 2012 9:33 am by arelifea

RSS feeds

Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 

Who is online?

In total there are 16 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 16 Guests

None

[ View the whole list ]

Most users ever online was 120 on Tue Aug 01, 2017 8:56 am

Statistics

Our users have posted a total of 4207 messages in 413 subjects

We have 270 registered users

The newest registered user is utad2

4 posters

    Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T

    Majestie
    Majestie
    Support Team
    Support Team

    Posts : 451
    Join date : 15/01/2011
    Age : 37
    Location : Kuala Lumpur / KgB

    Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T Empty Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T

    Post  Majestie Tue Feb 14, 2012 10:00 am

    INFO

    Sepatutnya, motor kita, Kita lebih paham apa yg sesuai. Bila kita jaga motorsikal, motorsikal pun akan jaga kita kat jalan raya, tak lah meragam. Enjin oil ni kalau boleh pakailah apa yg dicadangkan oleh pengeluar, kerana ianya telah diuji secara klinikal di dalam makmal dan di litar/ride terbuka.

    Banyak motorsikal yg kantoi bab enjin ni disebabkan minyak enjin yg salah pilih/tiruan ianya tidak dapat memberikan perlindungan pada "moving part/surface pada engin dengan betul.(selagi menggunakan alat ganti tulen)

    sedap, ringat, lancar(smooth). Itu semua kata-kata kita bila cuba sesuatu yg baru. Yg lebih penting FAKTA teknikal, sebelum anda memilih minyak enjin yg bersesuain.

    Bila tersalah pilih gred, pelindung boleh berubah sebagai perosak sebab dia duduk dalam enjin tak buat kerja yg sepatutnya malahan merosakan. " pagar makan padi" kalau boleh dapatkan minyak enjin tulen dan yang terbukti jenamanya. Saya bagi contoh, satu ketika dulu RND minyak hitam untuk jenama X hanya dijalankan untuk motorsikal keluaran negara jepun sahaja. Bila sampai kat market customer bubuh untuk motorsikal enjin dari taiwan/china. Memamng tak menjadi ler...

    Kebanyaknya kompeni kecik2 kat malaysia yang keluarkan minyak hitam, hanya menjalankan rebranding jer. Beli dari kompeni besar secara pukal sampai malaysia tukar stiker, tampal dia punya jenama. Ini kerana kos RND untuk fuel/EO ni memang mahal. Sehinggakan pelbagai jenama Minyak enjin Motorsikal terkemuka dunia mejalinkan kerja sama erat dengan pengeluar untuk mengurangkan kos RND, untuk kepentingan bersama.

    Minyak enjin telah melalui proses pengasingan sebelum sampai kat kita.( tambah bahan kimia/atau pengasingan untuk memperolehi sifat semual jadi (base oil). Bila duduk dalam enjin motor ianya akan berubah sifat disebabkan geseran, sebab bukan duduk diam ianya bekerja.

    -bagus thread ni banyak info penting tentang minyak enjin secara terperenci-
    -Kalau boleh pahami dulu beberapa perkara penting yang berkait rapat dengan "Perlindungan minyak pelincir"

    1.viscosity
    2.friction(geseran)
    3.engine components( Kompenen enjin)

    __________________________________________________________________

    perbezaan yg rase mmg x terlalu banyak kalau kita takat tukar minyak yg same gred melainkan kita ubah gred minyak tu @ beralih pd yg lebih baik..

    biasanya perbezaan 4t ni akan terasa bile kita buat penukaran gear, ride long distance (enjin panas), time enjin sejuk (start pagi), kelancaran bila ride dlm speed maintain samada laju @ slow (smoothing) dan pd pick up/top machine korang..ni bedasarkan pengalaman aku, mungkin pengalaman masing2 berbeza..

    pasal minyak yg keluar celah2 enjin tu mungkin ade beberapa sebab..samada minyak tu cair @ x mengikut spec enjin tu..atau mungkin gasket x sempurna..
    contoh mcm 135lc..spec 4t spatutnya API SF, SG dan keatas..dan kelikatan plak 20w-40@20w50 (mineral base..spec tu untuk enjin standard..gred akhir tu bg aku sgt penting..misal kata gune gred 30 mungkin minyak tu x dpt support tahap geseran dlm enjin tu sepenuhnya atau kalau guna gred 60 mungkin enjin akan rasa berat sbb gred 60 tu terlalu likat untk enjin standard..

    kebiasaan gred2 yg jarang jumpa ni bukan utk kegunaan harian, ia dicipta utk enjin yg dah diubahusai sperti kegunaan litar 10w30,5w40, kegunaan endurance 10w60,0w50, kegunaan drag 0w20,5w30 (ikut pengeluar 4T) mungkin minyak2 ni kalau kita guna pd enjin standard boleh mendtgkan masalah pd enjin tuk jangka masa panjang...
    __________________________________________________________________

    salam... sbenarnya, utk minyak yang no akhir 50 hingga 60 tu biasanya sintetik, sebab mineral base x dapat capai tahap tu. so dikeluarkan minyak sintetik. minyak sintetik sbenarnya adalah buatan manusia. bkan asas petroleum. so kita boleh buat dia lagi cair dari minyak mineral. so yang no akhir 60 tu sbenarnya cair. x berat pun utk enjin. sbg buktinya, aku pakai skarang 10W-60. enjin bising sket sbab minyak cair tapi performance best. letak minyak lebih pun enjin x semput2. 60 ni aku rasa sama cair ngan mineral base gred 40 kot. aku rasa la..

    utk problem minyak leaking kat enjin, try check gasket & skru yang berkenaan. sebab x penah sbelum ni ada kes minyak cair smpai bleh leak dari blok, crankcase dll.. . pengeluar cadangkan certain brand @ gred sebab tu minyak yang diorang test utk enjin tu & company minyak tu sain agreement ngan company diorang. hehehhe... ada profit oriented laa..huhu..

    minyak mineral base memang bagus, tapi sintetik lagi bagus melawan geseran. sebab tu mahal. try pakai minyak sintetik keta kat moto tgok apa jadi. mau slip klac moto. tapi klau pkai semi sintetik keta kat moto, x slip plak. so ni membuktikan kelancarannya...

    gred atau no yang pertama tu adalah utk winter. kita tada musim sejuk. takde hal nyer pkai 30W sekalipun. negara salji sejuk. kalau diorang pkai 30W, pagi2 kena pecahkan minyak itam pkai pemecah ais dulu baru bleh gerak.. sebab minyak beku. tu yang diorang kuarkan 0W tu.
    yang penting no blakang tu. sebab tu menunjukkan sampai panas mana minyak tu dapat tahan utk operasi optimum..

    salah silap harap ampun ye.. kita sama2 kongsi pengalaman & pendapat
    __________________________________________________________________

    sintetik digred kan pd awal no gred contoh sae 10w-40, 5w-40, dan gred mineral base kebiasaanya ialah 20w-50 dan 20w-40..

    no akhir (10w-50) adalah kelikatan & ketahanan suhu minyak itu..semakin besar nombor tu semakin likat & tahan suhu minyak tu..sebagai contoh enjin2 lama di cadangkan menggunakan minyak2 yg bergred besar kerana kelikatannya mampu menutup rongga2 yg haus & longgar dlm enjin..lg satu enjin yg makan minyak itam digalakkan menggunakan minyak bergred besar..
    __________________________________________________________________

    0w-40..
    penggunaan gred rendah kebiasaannye untuk meringankan awal putaran enjin..drp 0w semasa sejuk dan akan berubah menjadi 40 bila enjin panas (mengikut suhu)..walau mcm mane rendah pon gred dpn minyak tu, minyak tu ttp akan jd likat (40) bila sampai satu tahap..kesimpulannya, gred rendah ni dpt rase performance dia bila enjin baru running, sng cite enjin rasa ringan bila enjin baru start..perbezaan mungkin dpt rase bila kita membezakan 2 jenis gred antara 0w-40 dgn 20w-40..
    __________________________________________________________________

    minyak bukan sintetik akan bertukat chemical compound dia klau x lambat tukar. jadi berasid. x baik utk enjin. fully syn bersifat lebih stabil utk lebih lama. moto yang takde oil filter dinasihatkan kerap tukar minyak. moto yang ada oil filter boleh tuka lambat sket. kalau boleh jangan pakai oil filter x ori. sebab maybe akan ganggu kelancaran minyak. kang enjin x cukup minyak sindri mau ingat woo.

    ni sebagai panduan penggunaan gred minyak kat negara kita. so klau boleh pakai yang gred tinggi sket. jangan pkai yang 0W nyer. tak penah dibuat orang (kat area khatulistiwa) hehe...

    Oil type Typically used in....
    5W-30 Cooler climates, like Sweden or Canada
    10W-40 Temperate climates, like England
    15W-50 Hot climates, like Italy, Spain, Egypt
    __________________________________________________________________

    PAO(poly - alpha - olefin) sbenar nye..hehe...
    PAO tu da mmg sintetik da..dan berkualiti dari mineral oil..source nye dr petroleum di dasar bumi yg diubah struktur kimia nye.
    tp ester ni pun punye ciri2 yg ada pd PAO dan lebih berkualiti dr PAO.. ester ni punye tarikan(electro chemical bond) yg kuat pd metal..so minyak yg ada ester ni akan kekal pd silider enjin walaupun enjin sejuk..dan source ester ni dr tumbuhann(minyak kelapa),mineral dan acid lemak haiwan..mcm ada bro yg ckp minyak kelapa sawit tu da sintetik da..btul la tu..tp perlu diubah struktur kimia nye supaya sesuai pd enjin kenderaan(motor). utk hasil kan ester ni mahal.. sbb tu minyak yg ada ester ni pun mahal gak.melambang kan kualiti nye.
    jd rumusan nye dr segi kualiti ester lebih bgus dr PAO..harga ester pun lebih bgus(mahal) dr PAO..hehe...
    __________________________________________________________________

    seandainya kita terminum Minyak PAO dan Ester beracun ke?? sebab dia dari sumber semula jadi.

    PAO tu synthetic oil..da sememang nye beracun..kalo xmati ilang ingatan kot..huhu..same jugak ester.walaupun sumber nye dr tumbuhan..tp ia telah ditambah dan diubah struktur kimia nye..menjd rantai polimer yg pajang.. rantai polimer ni mmg beracun pd manusia..sesetengah nye adalah carcinogen(penyebab cancer) pd manusia..
    morale of the story jgn minum minyak itam ni..byk lg minuman kat dunia ni boleh minum...hehe
    minyak kereta x boleh pakai kat moto walaupun bkn sintetik sbb tiada gred jaso MA..jaso MA adalah badan yg mengkelaskan sesuatu minyak untuk digunakan pd sistem klac supaya x slip..sng cite untuk meningkatkan kecekapan klac..
    __________________________________________________________________

    info..
    contoh - 10w-50

    w = wet @ winter..
    10 = kelikatan semasa sejuk
    50 = kelikatan sewaktu panas
    gred kat atas tu dikenali sebagai multigred
    multigrade = boleh berubah sifat dari cair ke pekat mengikut suhu..
    mineral = bahan drp asas petroleum
    sintetik = minyak buatan drp bahan kimia
    semi sintetik = base drp mineral dan dicampurkan dgn bahan kimia (buatan)

    cuba bandingkan minyak 5w-40 dgn 15w-50 mana lebih likat??
    sudah tentu 15w-50..dan gred ni akan menjadi likat ssehingga tahap 50 apabila mencapai suhu panas..\
    _________________________________________________________________

    MINYAK ESTER: PRESTASI UNGGUL DALAM KEADAAN LAMPAU

    Dalam keadaan normal, minyak akan membentuk satu lapisan berterusan di antara dua permukaan. Lapisan minyak ini memberikan pelinciran hidrodinamik apabila ia menghindari persentuhan langsung antara dua permukaan logam, dengan itu ia dapat mengurangkan geseran.

    Keupayaan mengekalkan lapisan minyak yang berterusan di antara dua permukaan logam merupakan ciri yang penting bagi minyak enjin dalam pembekalan daya pelinciran secara bendalir. Geseran dan hausan terjadi apabila lapisan pelinciran ini terputus di dalam keadaan muatan tinggi. Dalam keadaan ini, ester terbukti cemerlang apabila membekalkan pelinciran sempadan. Ester mempunyai kecenderungan untuk mengurangkan geseran pada keadaan yang biasanya gagal diatasi oleh minyak bes yang lain

    Molekul-molekul ester terdiri daripada Oksigen (O) yang mengandungi kekutuban positif dan Hidrogen (H) yang mempunyai kekutuban negatif. Kedua-dua molekul ini menjerap secara elektrik ke atas permukaan logam dan membentuk satu lapisan yang dikenali sebagai lapisan molekul ad. Lapisan molekul ad inilah yang menjadikan ester beristimewa berbanding dengan minyak lain (di mana lapisan minyak terbentuk melalui kelikatan).

    Perbezaan prestasi pelinciran ini amat ketara apabila anda menghidupkan enjin. Dengan bahan minyak yang bergantung pada kelikatan untuk memperolehi kekuatan filem, tekanan dan minyak akan berkurang apabila enjin berhenti. Apabila enjin dihidupkan semula, lapisan antara dua logam hilang sama sekali dan ini mengakibatkan penghidupan enjin yang kering. Manakala, filem molekul ad tidak bergantung pada kelikatan untuk daya pelinciran bendalir. Oleh itu, ia berupaya memberikan pelinciran berterusan di antara dua logam walaupun enjin telah berhenti.

    Apabila memandu di bandaraya di mana penghidupan dan perhentian kerap berlaku, enjin-enjin biasa akan mengalami lebih banyak tekanan berbanding dengan enjin perlumbaan. Oleh itu, amatlah penting untuk memilih minyak enjin yang sesuai supaya enjin kereta mendapat perlindungan.
    _________________________________________________________________

    5 taun? aku rase nih subjektif kot. Bnyk percangahan expert. Ade yg kate 10 tahun keatas tak bole gune apa2 synthetic .
    Nngok keadaan engine tuh lah. Kalu dah macam hancus sangt, dah tak bole pakai synthetic.
    Ini sebb mayb dlm engine bnyk lubang2 yg sudah ditutup oleh carbon. BIle pakai full synthetic,
    carbon tuh akan "tercuci" so mayb akan berlaku lost compression. Pada aku, kalu engine dah tua, baik terus overhaul,
    then pakai full syn balik

    Muto baru kuar kedai tak sesuai terus pakai synthetic. Sedikit geseran diperlukan ketika dalam proses pantang.
    Antara sebb pantang nih kerna nak kasi permukaan blok tuh "digosok" kasi rata + sekata. Dier macam serupa nak licinkan permukaan kayu ler.
    Kalu licin sangt, tak dapat la nak gosok kasi rata. Habis pantang waktu sesuai nak bubuh terus full synthetic

    and pasal tukar2 EO tuh sama macam tukar2 petrol la. Takde lagi kes org tuka brand minyak hitam bole rosak engine.
    TAPI, additive dlm EO sume berbeza. Additive tuh tak dapat bertindak optimum la kalu korang duk tukar2 eo,
    dier bercampur ngan bahan yg tak sepatutnya jadi formulasi yg sepatutnya dah jadi lain so dier lari ler sikit.
    Serupa ler minyak petrol, setiap brand ada additive diorang sendiri. Kalu duk campur petrol, special formula dlm additive diorang tuh dah lari la so tak dapat
    full utilized additive ittew.Tapi ini secara teori and logicnya ler.

    Tapi in the end tiada bukti leh menunjukkan tuka EO / petrol bole rosak engine. Tapi rasenye better stick to one brand ler.
    Maka pilihan anda tertakluk kepada kepercayaan anda.....

    [You must be registered and logged in to see this image.]
    Berhati-hati dgn EO ciplak & recycle

    CONTOH ENGINE OIL TIRUAN/CIPLAK (MOTUL)
    Memang ada corong macam original..

    [You must be registered and logged in to see this image.]

    Code M033 memang macam original France..
    [You must be registered and logged in to see this image.]

    Tapi malangnya belakang tak boleh peel, takde tulisan bahasa lain melainkan bahasa CINA SAHAJA..
    [You must be registered and logged in to see this image.]

    List EO & Harga

    Fully Synthetic with Ester/Double Ester
    Silkolene pro 4 - RM45
    Silkolene pro 4 plus - RM65
    Motul 300V - RM90-100
    Motul 5100 - RM44
    Petronas 4SP - RM50
    Petronas RS-4 - RM88

    Fully Synthetic
    Motul H-Tech - RM40-RM45
    Total Grand Prix - RM35-RM40
    Castrol P1 racing - RM30-RM35
    Shell Ultra - RM40-RM45
    Agip Racing - RM35-RM40
    Selenia Linx - RM30-RM35

    Semi Synthetic with Ester
    -

    Semi Synthetic
    Total Racing - RM25-RM30
    Castro P1 - RM18-RM24
    Shell VSX - RM20-RM25
    Agip Tec - RM30-RM35
    Motul 3100 Gold - RM30
    HI-REV 704 - RM25

    Mineral
    Motul 3000 - RM28
    Motul 1000 - RM19
    Castrol Activ - RM16
    Castrol Race - RM10

    Sekian Terima kasih.
    Berkhidmat Untuk MMC
    blackyBEAR
    blackyBEAR
    Sr. Member
    Sr. Member

    Posts : 415
    Join date : 17/10/2011
    Age : 30
    Location : Hokkaido, Japan

    Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T Empty Re: Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T

    Post  blackyBEAR Tue Feb 14, 2012 7:05 pm

    maaf bro tanye skit..antare motul full syn ngn yamalube,,mne yg terbaik untuk moto eh ? Shocked
    reza
    reza
    Moderators
    Moderators

    Posts : 218
    Join date : 12/06/2011
    Age : 36
    Location : Kg.Baru, KLfornia

    Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T Empty Re: Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T

    Post  reza Wed Feb 15, 2012 1:07 am

    blackyBEAR wrote:maaf bro tanye skit..antare motul full syn ngn yamalube,,mne yg terbaik untuk moto eh ? Shocked

    Brand MOTUL adalah pengeluar EO yang terkemuka di dunia
    so apa lg yang boleh dipertikaikan melainkan MOTUL cap pig

    Yamaha lambat keluarkan minyak itam, sbb dorank lebih mengususkan pada bidang pembinaan & kejuruteran motorsikal.. kiranya Yamahalube baru dikaji & pengeluarannya bermula pada zaman kegemilang LC V1 2007...
    blackyBEAR
    blackyBEAR
    Sr. Member
    Sr. Member

    Posts : 415
    Join date : 17/10/2011
    Age : 30
    Location : Hokkaido, Japan

    Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T Empty Re: Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T

    Post  blackyBEAR Wed Feb 15, 2012 6:58 pm

    reza wrote:

    ooOOooo..nice one lah..slame ni pon wa kasi taruk itu Motul full synthetic..rm38..satu kali tuka sama itu oil filter lah..
    Majestie
    Majestie
    Support Team
    Support Team

    Posts : 451
    Join date : 15/01/2011
    Age : 37
    Location : Kuala Lumpur / KgB

    Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T Empty Re: Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T

    Post  Majestie Fri Feb 17, 2012 8:22 pm

    blackyBEAR wrote:

    sertai la kami.. MOTUL Pilihan terbaek... Smile cheers
    125xULtimo
    125xULtimo
    Jr. Member
    Jr. Member

    Posts : 282
    Join date : 03/08/2011
    Age : 28
    Location : Rumahku

    Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T Empty Re: Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T

    Post  125xULtimo Sat Feb 18, 2012 7:12 pm

    Majestie wrote:
    blackyBEAR wrote:
    reza wrote:
    blackyBEAR wrote:maaf bro tanye skit..antare motul full syn ngn yamalube,,mne yg terbaik untuk moto eh ? Shocked

    Brand MOTUL adalah pengeluar EO yang terkemuka di dunia
    so apa lg yang boleh dipertikaikan melainkan MOTUL cap pig

    Yamaha lambat keluarkan minyak itam, sbb dorank lebih mengususkan pada bidang pembinaan & kejuruteran motorsikal.. kiranya Yamahalube baru dikaji & pengeluarannya bermula pada zaman kegemilang LC V1 2007...

    ooOOooo..nice one lah..slame ni pon wa kasi taruk itu Motul full synthetic..rm38..satu kali tuka sama itu oil filter lah..

    sertai la kami.. MOTUL Pilihan terbaek... Smile cheers
    aq pkai hi rev + oil treatment..
    blackyBEAR
    blackyBEAR
    Sr. Member
    Sr. Member

    Posts : 415
    Join date : 17/10/2011
    Age : 30
    Location : Hokkaido, Japan

    Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T Empty Re: Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T

    Post  blackyBEAR Sun Feb 19, 2012 7:17 pm

    125xULtimo wrote:
    Majestie wrote:
    blackyBEAR wrote:
    reza wrote:
    blackyBEAR wrote:maaf bro tanye skit..antare motul full syn ngn yamalube,,mne yg terbaik untuk moto eh ? Shocked

    Brand MOTUL adalah pengeluar EO yang terkemuka di dunia
    so apa lg yang boleh dipertikaikan melainkan MOTUL cap pig

    Yamaha lambat keluarkan minyak itam, sbb dorank lebih mengususkan pada bidang pembinaan & kejuruteran motorsikal.. kiranya Yamahalube baru dikaji & pengeluarannya bermula pada zaman kegemilang LC V1 2007...

    ooOOooo..nice one lah..slame ni pon wa kasi taruk itu Motul full synthetic..rm38..satu kali tuka sama itu oil filter lah..

    sertai la kami.. MOTUL Pilihan terbaek... Smile cheers
    aq pkai hi rev + oil treatment..
    takde button 'like' la kt sni..hahaha (Y)
    Majestie
    Majestie
    Support Team
    Support Team

    Posts : 451
    Join date : 15/01/2011
    Age : 37
    Location : Kuala Lumpur / KgB

    Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T Empty Re: Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T

    Post  Majestie Tue Feb 21, 2012 7:11 am

    blackyBEAR wrote:
    125xULtimo wrote:
    Majestie wrote:
    blackyBEAR wrote:
    reza wrote:
    blackyBEAR wrote:maaf bro tanye skit..antare motul full syn ngn yamalube,,mne yg terbaik untuk moto eh ? Shocked

    Brand MOTUL adalah pengeluar EO yang terkemuka di dunia
    so apa lg yang boleh dipertikaikan melainkan MOTUL cap pig

    Yamaha lambat keluarkan minyak itam, sbb dorank lebih mengususkan pada bidang pembinaan & kejuruteran motorsikal.. kiranya Yamahalube baru dikaji & pengeluarannya bermula pada zaman kegemilang LC V1 2007...

    ooOOooo..nice one lah..slame ni pon wa kasi taruk itu Motul full synthetic..rm38..satu kali tuka sama itu oil filter lah..

    sertai la kami.. MOTUL Pilihan terbaek... Smile cheers
    aq pkai hi rev + oil treatment..
    takde button 'like' la kt sni..hahaha (Y)

    hehe

    Sponsored content

    Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T Empty Re: Engine Oil (EO) untuk 4T dan 2T

    Post  Sponsored content

      Current date/time is Fri Apr 26, 2024 5:00 am